Friday, September 14, 2012

rapuh

hati yang sedih. perlu diubati. berlari mengejar. mengisi kesepian. tersungkur tunduk. mencari dahan untuk berpaut. perlahan menangisi kisah cinta yang tiada penghujungnya. sambil merenung kosong. adakah itu perkara biasa. manusia biasa. hanya kicau burung melintasi pikiran. segalanya kosong. dendam lama masih segar di ingatan. menganggap ia adalah rutin. banyak yang telah di pelajari tentang cinta.  tapi tidak tahu di mana silapnya. mungkin kah dari akar atau dahannya. dimana harus di tebas. perlukah ia diracuni. biar mati kesemuanya. 
senyuman yang terukir. diselindungi bayang hitam. menghindari namun masih diekori. ketakutan,hilai tawa musuh menghantui sanubari. apakah tindakan selanjutnya. lari ke dunia fantasi atau lalui segala kepahitan rutin. segalanya masih tidak pasti. longlai dan tidak berkemampuan. terbaring kembali menangisi takdir diri sendiri.



minat? follow me ok n drop comment too..

Thursday, September 13, 2012

nohktah

berjalan sendiri. masih memikirkan tujuan. memerhati setiap lakonan. berdiri di tempat tinggi. tunduk dan mendongak ke langit. mengeluh tidak mencapai awan. terbaring membiarkan tubuh di buai sayup angin malam. mencari cahaya dalam kegelapan. cinta yang di sakiti. masih cuba untuk melindungi. hati yang luluh,rapuh melihat setiap lakonan sang pendusta. namun masih gagah melakonkan watak si pecinta. kegelapan menyukarkan kebebasan. takut dengan realiti kehidupan. bayang-bayang malam mengekori. teruskan perjalanan membawa hati yang rapuh. dilindungi hanya dengan sebaris ayat. saat harus memilih nokhtah kini tiba. masihkah gelap mengekori.
minat? follow me ok n drop comment too..

Wednesday, September 12, 2012

GeLaP

kenapa masih disini. adakah hati gebira. gembira dgn pembuka cinta. cinta yang tidak pasti penutupnya.  terkunci kerana cinta. cinta yang telah lama di tinggal kan. kerinduan babak cinta mereka. kesepian melukakan hatinya. sangat kejam pada cinta yang sentiasa dirinduinya. masih ada kata di antara mereka. kata yang terbuku. terbuku dan tidak akan terluah. hanya sia-sia. sia-sia yang lebih menyakiti. impian yang mengatasi cinta. tidak bertahan dan musnah. adakah hanya menuruti. menganggap ia adalah yang terbaik. tanpa menyesali walaupun sedikit. namun masih ada keraguan. keraguan yang terbit. terbit kerana tiada kepastian. tiada ketenangan dalam keraguan. selamanya tiada kata kepastian. namun masih melindungi. walaupun kesakitan si penyepi. masih merelakan angan cinta terbang tinggi. setinggi harapan gelap.  

minat? follow me ok n drop comment too..

Tuesday, September 11, 2012

sedih

kita manusia biasa. istimewa kita hanya di lihat oleh orang yang menghargai. sukar untuk rasa dicintai. namun masih berusaha untuk memperbaiki. mengorbankan segala cinta dan cita. tapi masih di sini. di sini mengharapkan sinar kebahagian yang selama ini di cari. yang sukar di fahami. seringkali jatuh. jatuh dan tak mampu untuk berdiri. suara tangisan yang tidak pernah di dengari. sudah sekian lama. cuba menghindari. namun masih kembali. memuja cinta. cinta  yang membuka lembaran baru dlm hidupnya. dan itu semua hanya    harapan si gadis.
minat? follow me ok n drop comment too..

SEMUA YANG TERTULIS DI DALAM BLOG INI HAK MILIK KEKAL AZZELEY ATIQAH HAPPY FAMILY