Jom kita kongsi bagaimana lelaki menucurahkan kasih sayang nya pada wanita yang dia sangat sayangi.
Kes 1:
Keluarga arman mempunyai 2 orang anak,seorang perempuan dan seorang lelaki. Namun,dia juga ada mengambil anak angkat lelaki yang bernama Armi. Armi di jaga seperti anak sendiri sejak dia berusia 2 tahun. Keluarga Armi tidak pernah menyisihkan armi,supaya armi dapat merasa kasih sayang sebuah keluarga bahagia.anak-anak arman Suhaila dan Fazli juga menganggap armi seperti abang kandung mereka,dan mereka juga sangat rapat dengan armi. 20 tahun telah berlalu,semasa ketiadaan Arman dan isteri, Armi telah menyelinap masuk ke bilik suhaila tanpa di sedari dan merogol Suhaila tanpa kerelaannya. Apabila ayah dan ibu Suhaila pulang ke rumah, Suhaila menceritakan apa yang telah Armi lakukan padanya. Dan bila disoal, Arman hanya mengatakn dia terlalu sayang pada Suhaila.
Kes 2:
Mazni dan Fahrin adalah pasangan yang bercinta. Mereka sangat sayang antara satu sama lain.cinta mereka sudah pun menjangkau ke usia tiga tahun. Bagi mereka usia percintaan mereka sudah cukup lama. Fahrin juga ada menyatakan hasrtanya untuk mengambil Mazni sebagai suri hatinya. Genap empat tahun mereka bercinta, Fahrin cuba memujuk Mazni tidur dengannya . Walaupun Mazni enggan, namun Fahrin tetap mumujuknya. Alasan yang Fahrin berikan ialah janji-janji manis yang dia bersumpah akan tetap berkahwin dengan Mazni,dia akan menjaga Mazni walau apa pun terjadi,dia akan setia dengan Mazni hingga hujung nyawa dan kerana dia terlalu menyayangi Mazni kerana tiada wanita lain yang dicintai selain Mazni. Setelah cair dengan pujuk rayu Fahrin,Mazni rela ditiduri oleh Fahrin.bak kata pepatah,habis madu sepah dibuang,sebulan kemudian,Mazni ditinggalkan Fahrin tanpa kabar berita.
Kes 3:
Shila dan Aiman adalah suami isteri. Sebelum mereka berkahwin,mereka juga seperti pasangan-pasangan lain yang bercinta,yang berjanji untuk sehidup semati. Aiman juga sering kali mengatakan dia terlalu sayangkan Shila dan tidak sabar untuk mengahwini Shila. Dan sekarang mereka telah pun dua tahun dalam usia perkahwinan. Sepanjang mereka bercinta dahulu ,Shila tidak tahu perangai Aiman yang suka berjudi. Setalah mereka berkahwin,barulah rahsia aiman terbongkar apabila Shila terjumpa resit nombor ekor yang Aiman beli. Walaupun sudah dinasihati berkali-kali Aiman tetap tidak dapat mengubah perengai buruknya.
Lebih keji apabila Aiman telah menjual Shila kepada bapa ayam kerana tidak mempunyai duit untuk membayar hutangnya yang telah menceceah ratusan ribu ringgit.
Cukup lah tiga kes yang menunjukkan bagaimana lelaki mencurahkan kasih sayang nya pada wanita-wanita yang dia sayangi. Ini adalah realiti bukan fantasi. Jadi terimalah hakikat lelaki tetap lelaki.
0 komen juri:
Post a Comment