single is better
just married
happy family
how ever it is, start your lovely day with smile..^_^
bila lelaki ikhlas mencintai seorang perempuan itu,dia akan menjaga perempuan itu seperti nyawanya sendiri,bukan merosakkan maruah perempuan itu sewenang-wenangnya dgn alasan akan setia padamu cinta
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher , bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:lepas rantai,kita ckp pasal gelang tangan plak...
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad). Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan. Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat." Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )
S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?so,kesian kan laa anak-anak anda,bila xdapat jadi wali,orang mula bertanya,mengapa ayah dia xwalikan dia,antara dia bukan darah daging ayh dia,ataupun ayah dia tindik anggota badan ataupun sebaliknya?
J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.
Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.