Saturday, August 6, 2011

lelaki dan cinta

cinta? di mana letaknya cinta itu, pernah aku mendengar ayat ini,dan selalu aku berpegang pada ayat ini,


bila lelaki ikhlas mencintai seorang perempuan itu,dia akan menjaga perempuan itu seperti nyawanya sendiri,bukan merosakkan maruah perempuan itu sewenang-wenangnya dgn alasan akan setia padamu cinta

tapi dunia sekarang? ayat-ayat cinta yang mudah dijual seperti di kaki lima dpt membeli perempuan dgn mudah. ramai yang mengatakan perempuan sekarang mmg mudah sgt nak dapat,baik yang tutup aurat mahupun yang semi tutup aurat.nak macam mana,pilih jer,byk choice.. siapa harus disalahkan? . cinta??

ayat-ayat kaki lima lelaki zaman sekarang:
i love u laa syg,
i sanggup berkorban apa saja demi u.
i xpernah ada perempuan lain dlm hidup i, u laa cinta pertama dan terakhir i.
i sgt setia pd u.
i sanggup sehidup semati dgn u walau apa pun berlaku.

sehidup boleh laaa,semati sanggupkah anda??dah sedia sgtkah anda untuk mati.
mengapa lelaki dciptakan dgn 9 akal dan 1 nafsu,dan mengapa pula perempuan hanya diciptakn dgn satu 1 tapi 9 nafsu?


Dicipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung
,tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi,

dan bila lelaki menyalah guna kan 9 akal yang diberi,dan perempuan pula xcukup akal untuk memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku,maka terlahir lah anak luar nikah,dan akhirnya,si perempuan yang baru tersedar di tipu dgn ayat si lelaki kaki lima,terpaksa lah menghadapi dugaan itu sendirian. dan siapa yang perlu dipersalahkan? 
di mana janji-janji lelaki yang sanggup bergadai nyawa, kesetiaan dan sanggup sehidup semati itu tadi?batang hidung pun dah xnampak selepas si perempuan dgn penuh rasa susah hati meluahkan tentang anak laur nikah mreka. begitukah cara layanan lelaki yang kononnya setia hingga hujung nyawa,yang penuh gentleman semasa awl2 cinta berputik? 
dan bila ramai wanita yang telah terpesong akidah kerana peristiwa hitam yang di mastermind oleh lelaki si ayat kaki lima,mula lah si lelaki dgn bangganya menilai kau perempuan murahan,xlayak di dekati,kau perempuan jalang,xlayak di kasihi.  apa guna kau dilahirkan sebagai lelaki jika kau yang merosakkan amanah yang Allah berikan pada kau? layakkah engkau untuk melevel perempuan-perempuan yang kebanyakannya terpesong akidah disebabkan akal kaum kau sendiri? laju saja mulut kau mengata kan dia perempuan murahan,sanggup bergadai maruah demi wang ringgit? adakah aku yakin samada dia rela atau terpaksa. jangan lantang sgt bercakap kalau xsoal selidik dulu, sedangkan kau sudah matang berfikir yang sekarang perempuan banyak di eksploitasi. tapi oleh siapa yaa? siapa lagi kalau bukan lelaki.
pernah dgr:
>sister for rent
>cousin for rent
>girlfriend for rent
>child for rent
>wife for rent
>video for rent
>friend for rent

bila janji dan kepercayaan di dustai, terkapai-kapai perempuan dgn kandungannya membawa diri dan simpati. hakikatnya perempuan sgt mudah dipermainkan dgn tipu helah lelaki yang berakal 9 dan bernafsu 1.

Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.

p/s: mak saudara saya pesan,kalau nak cari calon suami ,carilah lelaki yang mencintai kita,bukan kita cintai dia. 
dan jika aku dapat putarkan masa...


minat? follow me ok n drop comment too..

1 komen juri:

Kina said...

nice entry,....=)

SEMUA YANG TERTULIS DI DALAM BLOG INI HAK MILIK KEKAL AZZELEY ATIQAH HAPPY FAMILY