tajuk entry kali nie tentang lelaki dan barang kemas??barang kemas/perhiasan wanita??waaaargh~~` klaas gitu nyaah..
kita asek baca entry2 tentang mengutuk perempuan,itu salah ini salah,tp mmg ia salah pun kan,so terima jer hakikat dgn penuh sabar wahai perempuan..
seperti kita sedia maklum,lelaki dgn 9 akal tp perempuan cuma ada 1 akal,tu pasal mudah di akal kn oleh lelaki..
kononnya nk menasihati laa,tp dr sndri pown tonggang tebalik..
lain laa ilmu penuh di dada,mmg aku respect.so jgn laa terlampau ego untuk menerima kesalahan dan kesilapan diri anda.
pernah tgok lelaki dgn barang kemas??barang kemas atau accessories..zaman dah maju,bagi anda ia perkara biasa,konon nk tunjuk macho,ramai pakai,aku pown nak pakai gak,duit aku,aku punya suka laa,,
lelaki islam yang pakai emas pown dah ada sekarang nie,cuma jarang nampak jer.tu nak tegur pown da xtaw cara,kner tgu hidayah dtg sndri pd hati dia.hal remeh mcam nie,kalu xnak ubah,sampai bila pun orang xkan hormat,makcik sebelah nk pilih jadi menantu pun pikir banyak kali.
1. 1. mula-mula skali kita akan bercakap tntg rantai leher..
waaaah..lawa rantai bro,mcm rantai basikal adik aku laa..beli maner,xberat ker gantong kt leher tuu..lu nampak gangster arr..gangster kaaah???~dunia boleh laaa~
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher , bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
2. 2. lepas rantai,kita ckp pasal gelang tangan plak...
fuyoooo...ader tajam2 arr gelang dier..kner cucuk,leyh darah nie...magnet pown ader,nie kalu gantung sudu garfu pown ok gak..sng nk mkn kt mane2 kan..
terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.
Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."
Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )
3. 3. ok lastly tentang anting-anting atau subang...sekarang pown,ader subang magnet kn..
anda boleh cakap,alaaaa,bukan tindik pun,tetapi tidak kah anda prasan ia tetap menyerupai kaum wanita bila ia berkaitan tentang accessories..atau buat-buat x prasan??
Lelaki tindik telinga
S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?
J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.
Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.
so,kesian kan laa anak-anak anda,bila xdapat jadi wali,orang mula bertanya,mengapa ayah dia xwalikan dia,antara dia bukan darah daging ayh dia,ataupun ayah dia tindik anggota badan ataupun sebaliknya?
Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam
sumbar daripada :ustaz mohd faizal bin ahmad(politeknik merlimau melaka)
majlis ugama Islam Singapura
i luv islam.com
www.albarakah.org
minat? follow me ok n drop comment too..